Islam adalah agama Allah yang ajaranNYA berasas fitrah yang DIA ciptakan manusia. Maka Islam adalah agama fitrah (natural religion), sesuatu yang bercanggah dengan fitrah manusiawi ia ditolak oleh agama ini.
Islam yang sebenar selaras dengan sifat penciptaan manusia yang telah Allah jadikan. Maka, Islam menolak homoseksual, lesbian dan segala yang menyanggahi fitrah asal insan itu. Demikian Islam menolak kezaliman, penindasan, ketidakadilan, kebodohan dan seterusnya kerana ia bercanggah dengan fitrah manusia. Mereka yang menolak homoseksual ataupun lesbian tetapi membiarkan atau akur dengan ketidakadilan tidak memenuhi element fitrah yang Allah ciptakan. Demikian juga mereka yang menentang ketidakadilan tetapi menerima amalan songsang, ia bercanggah dengan roh Islam ini.
Firman Allah:
"maka hadapkanlah wajahmu ke arah agama yang hanif (yang menyembah Allah Yang Esa) itu agama Allah yang fitrah (natural religion) yang DIA ciptakan manusia di atasnya. Tiada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (Surah ar-Rum, 30).
Allah telah ciptakan manusia atas fitrah (natural instinct) yang menjadikan naluri manusia yang benar mempunyai persamaan sekalipun berbeza keturunan, tempat, zaman dan agama. Kezaliman umpamanya, ditolak dan dibenci oleh fitrah manusia tanpa mengira keturunan, tempat, waktu dan agama. Justeru itu, dalam semua cerita, drama dan filem yang diterbit oleh sesiapa sahaja di dunia ini samada oleh Hollywood, ataupun Bollywood mestilah mengakhirinya dengan kemenangan ataupun sokongan moral berada di pihak yang baik dan kekalahan di pihak yang jahat
No comments:
Post a Comment