Thursday, 26 April 2012

kepentingan Solat





Pengaruh atau kesan positif sembahyang kepada kehidupan umat Islam terlalu besar, 
terutama dalam membentuk jiwa, diri, akhlak mulia, sifat amanah, perpaduan,
 keberkatan hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Malah ibadah 
sembahyang berupaya menjadi benteng diri mencegah per-buatan keji dan mungkar. 
Betapa besar kepentingan dan pengaruh sembahyang kepada 
orang-orang Islam yang beriman, di antaranya ialah:

Sembahyang Untuk Menyembah dan Mengingati Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T: Yang bermaksud:
”Dan dirikanlah sembahyang itu semata-mata untuk mengingati Daku”.
(S. Thaha: 14).
Sembahyang adalah pengabdian seorang hamba kepada Allah S.W.T. Berdasarkan 

maksud ayat ini sembahyang adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati 
Allah Ta’ala. Sekali gus sembahyang juga merupakan tanda pengabdian dan syukur 
seorang hamba kepada Allah S.W.T. atas segala nikmat dan rahmat yang Allah 
kurniakan kepada kita. 
Firman-Nya:


Yang bermaksud:
”Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengurniakan kepada Mu nikmat yang 

melimpah ruah. Kerana itu, dirikanlah sembahyang dan berkorbanlah 
dengan ikhlas kerana Tuhanmu”.
 (S. Al-Kautsar: 1-2).

Hikmah Sembahyang Dalam Menghapus Dosa.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
”Sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah 

penebus dosa antara jarak waktu sembahyang-sembahyang itu, selama dijauhinya 
dosa-dosa besar”.
 (HR Muslim).


Sembahyang Mencegah Perbuatan Keji dan Mungkar
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:”…dan dirikanlah sembahyang. 

Sesungguhnya sembah-yang itu mencegah daripada perbuatan keji dan kemungkaran”. 
(S. Al-Ankabuut: 45).Inilah kesan kebaikan kepada orang yang benar-benar
 taat mendirikan sembahyang, ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala,
 bahawa sembahyang itu menjadi benteng diri dari perbuatan keji, jahat, 
maksiat dan kemungkaran

No comments:

Post a Comment